Assalamualaikum
Minggu ni saya rehat lama sikit... tak ambik kelas personal untuk hari rabu atau khamis...saja nak berehat... minggu lepas ambik oder tak berhenti bersambong dengan kelas, sakit-sakit jugak rasa badan ni... umur dah tak berapa nak muda ni kan..he he..
Pandan Gula Melaka Cupcake ni saya siapkan tempahan untuk Ain, extudent kelas roti saya... bersungguh-sungguh dia suruh saya ambik oder siapkan kek dan cupcake... bila saya cakap ok la, terus dia transfer full payment... takut betul dia kalau saya tak jadi nak buat... dah dia bayar penuh tu makanya saya pun dah tak boleh nak bagi alasan... kena la buatkan jugak.. he he..
Sekarang ni saya rasa sedap pulak makan Swiss Meringue Buttercream ni... rasanya halus dan lembut... memang tak muak..
Kalau ada yang nak oder Pandan Gula Melaka Cupcake boleh whatsapp saya 0193867360.. harga 25 biji cupcake RM75...
Wassalam