Assalamualaikum
Semalam saya siapkan tempahan Eclairs untuk kawan Herbalife, Kak Sheema... Kak Sheema oder untuk anaknya nak jual kat sekolah sempena Hari Usahawan kalau tak silap saya... mulanya saya nak buatkan roti tapi saat akhir saya terfikir untuk buatkan Eclairs pulak.... sebab kak Sheema nakkan sesuatu yang baru yang budak suka makan...jadinya Eclairs la yang paling budak-budak confirm suka makan sebab ada coklat di bahagian atas dan krim di bahagian dalam...
Leceh sikit nak celupkan coklat tu sebenarnya... tapi sebab saya dah selalu buat jadinya takde la rasa susah sangat... nak celup coklat taknak bagi nampak comot dan sememeh, tangan kena sentiasa ada tisu...
Eclairs ni adik beradik creampuff sebab adunannya sama cumanya dipaipkan panjang.. masa nak paipkan pun kena hati-hati sebab takut lepas bakar nanti jadi bentuk kacang ada pinggang pulak..he he..
Saya siap pek 3 biji...
Kalau ada yang nak belajar buat Eclairs ni tarikh baru pada 26/8/2017... ada belajar sekali buat creampuff, cheese tart dan fruit tart... apa-apa boleh whatsapp saya 0193867360 okey... tqqq :)
Jumpa lagi :)
Wassalam