Quantcast
Channel: zalinzalina.blogspot.com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 208

APRIL 2018 YANG TERINDAH

$
0
0


Assalamualaikum


Syukur alhamdulillah sedar tak sedar, abanglong dah pun tamat pengajian.. masih teringat waktu saya sedih risaukan abanglong yang terpaksa berjauhan nun jauh di utara... 6 tahun lepas... sekarang abanglong dah pun memegang Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer dan Matematik... dan yang paling buat saya bersyukur bila abanglong dah pun bekerja di salah sebuah Syarikat IT di Kuala Lumpur,,,


Tarikh 14/4/2018 hari Konvokesyen abanglong di UiTM, Shah Alam... lepas balik konvo terus pergi studio gambar kawan saya, Kak Mairan dan Kak Sheema di Seksyen 2... ni gambar sementara.. gambar studio belum siap lagi :)



Abanglong dan ayahnya... banyak juga dugaan dan cabaran sebelum abanglong berjaya tamatkan pengajian... hampir saja berputus asa di penghujung jalan... tapi alhamdulillah berkat doa semua, akhirnya abanglong berjaya juga... syukur sangat-sangat...




3 hari sebelum tu abangngah juga ada Hari Konvokesyen di UiTM Segamat... abangngah dah tamat Diploma Kejuruteraan Awam dan sekarang tengah sambong degree.



Oleh kerana dewan kat UiTM Segamat tidak berapa besar, jadinya bila abanglong lalu depan saya dan ayahnya, shahdu pulak rasa..aishhhhh... Tahniah abangngah dapat Anugerah Naib Canselor :)




Masa ni abanglong tak ikut sama sebab abanglong kerja... bawak la kakak dan dikya... mudah-mudahan boleh bagi semangat pada diorang berdua untuk ikut jejak langkah abang-abangnya :)




Di bulan April 2018 ni, terasa saya lah ibu yang paling bahagia..hehehe... 




Wassalam



Viewing all articles
Browse latest Browse all 208


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>