Assalamualaikum
Sedar tak sedar Jumaat depan dah nak Raya kannn... tak sabar saya nak tunggu Raya sebabnya Raya tahun ni kitorang beraya kat Shah Alam dulu... tak sabar saya nak sediakan hidangan juadah untuk Hari Raya di rumah sendiri 😍
Lega betul bila saya dapat siapkan semua tempahan Cookies Raya pagi semalam.. rasa dah habis kudrat bila 5 hari berturut-turut saya siapkan semua cookies... 1 hari 1 jenis cookies... paling banyak tempahan Brownies Cookies...punyalah lenguh tangan nak pipe kan adunan brownies cookies tu.. bila dah siap fuhhhh rasa nak lompat bintang 😆😆😆
Untuk cookies Raya saya sediakan Paper Bag yang ni sebab nampak comel 💓💓💓 .. dalam paper bag ni boleh isi 3 balang cookies...
Sebahagian daripada cookies yang dah siap... sebabnya lepas ambik gambar ni saya kena siapkan lagi 40 balang Brownies Cookies... syukur Alhamdulillah customer dah selamat ambik pagi semalam..
Tahun depan tak tau la larat ke tak nak ambik tempahan cookies raya lagi.. rasa penat juga kalau buat dalam bulan puasa ni tau... ikut kudrat masing-masing ye dok... apapun saya dah selamat beli Sofa baru... bukan Sofa Fella Design tapi Sofa beli kat tempat lain... kat Fella Design mahal sangat dan design pun takde yang berkenan di mata... saya suka yang cantik dan harga berpatutan... tengok la nanti sofa tu cantik ke tak ye...he he...
Wassalam