Quantcast
Channel: zalinzalina.blogspot.com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 208

CARA BUAT TUNA PUFF PASTRY

$
0
0


Assalamualaikum


Pecah rekod ni dah tiga hari berturut2 saya update blog..he he.. tengah mood rajin ni kannn.. update selagi mampu..gituuuu...


Malam tadi teringat Aliah takde apa nak makan untuk brekfes sebelum ke sekolah... suruh beli roti balik tusyen dengan ayahnya dia taknak... jemu dah makan roti agaknya... sebab Ibu boleh dikatakan setiap minggu buat roti.. 

Tiba-tiba teringat pulak ada haritu saya beli Puff Pastry Instant jenama KAWAN.. tuna pun ada balance buat Roti Tuna sebelum ni... jadinya saya pun terus la buat Tuna Puff Pastry ni... kejap aje nak buatnya...saya pulak sejak ada oven comel, bila-bila waktu saya suka bakar apa-apa... sebabnya oven indutsri gas saya sebelum ni terlalu besar kalau setakat nak bakar sikit-sikit... selalunya kalau dah buka oven besar tu memang saya pastikan kena bakar banyak-banyak.. takde la membazir letrik dan gas bila dah buka oven besar tu...



Bahan yang diperlukan :-
1. Instant Puff Pastry jenama Kawan
2. Tuna Pedas Mayonis Ayam Brand
3. Telur yang dkocok



Cara2nya :-

1. Susun Puff Pastry atas dulang pembakar.. kalau takde parchement paper boleh sapu dulu margerin atas dulang ye..
2. Gunting bahagi 2 puff pastry tu... 1 keping boleh dapat 2 biji.. comel senang nak makan..
3. sapu telur keliling
4. letak inti dibahagian tengah
5. Tutupkan inti dan tekan2 manja bahagian tepi tu ye,,jangan tekan guna garfu kalau nak dapatkan Tuna Puff Pastry yang berlapis lapis bila dibakar..
6. Sapu telur bahagian atas
7. Cucuk-cucuk dengan garfu di bahagian atas
8.Bakar pada suhu 200 - 220 darjah celcius selama 25 - 30 minit atau hingga cukup perang mengikut kesesuai oven masing-masing.
9. Siap dibakar.. boleh lah dihidang.


Sedap dimakan waktu panas... crunchy je rasa... kalau nak lagi power, boleh letak cili padi potong dan bawang kat dalam inti tuna tu kannnn...

Tuna Puff Pastry ni juga sesuai untuk jamuan dan kenduri...letak dalam cup kertas..memang comel.. cuba tengok kat gambar atas blog saya ni.. ada saya buat Tuna Puff Pastry ni kat meja hidangan tu 😀😀😀




Selamat mencubaaaa 😍😎😍



Wassalam




Viewing all articles
Browse latest Browse all 208


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>