Quantcast
Channel: zalinzalina.blogspot.com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 208

RESEPI ROTI JALA LEMBUT DAN SEDAP

$
0
0



Assalamualaikum


Harini sebelum Kakak nak pergi rumah kawan dia, saya pesan kat Kakak suruh masak Kari Daging dan Kentang dulu... dah siap masak, boleh lah nak pergi jalan mana-mana pun..he he... balik dari pergi beli barang tadi, tengok bawah tudung saji dah siap Kakak rebuskan Kacang Bendi dan buat sambal budu...wahhhh bagus betul Kakak dah siapkan semuanya...sukaaaa Ibu tau 😀😀😀

Dah siap Kari Daging dan Kentang tu, Ibu pun teringin pulak nak buatkan Roti Jala untuk minum petang. Lama jugak dah tak buat Roti Jala ni. Kalau dulu kusss semangat sekali buat berkilo tepung...ada sekali tu saya kena siapkan tempahan Roti Jala 800 biji.. rasa nak patah pinggang siapkan roti jala banyak tu... tapi lepas dapat duit, hilang semua sakit pinggang..hikhik..

Kalau ada yang nak cuba buat Roti Jala boleh tengok resepi kat bawah ni ye..







ROTI JALA

Tepung Gandum 1 kg 
Garam Halus 1 sk
Susu Tepung 4 sk
Minyak Masak ½ cawan
Air secukupnya 1900 – 2100 ml
Pewarna Kuning Telur secukupnya ..saya letak sedikit pewarna merah.. sikiiit aje kalau nak jadikan warnanya merah jambu.
Anggaran bilangan 70 keping

CARA-CARANYA :-
1. Campurkan semua bahan kering di dalam sebuah bekas.
2. Tuang air sedikit demi sedikit sambil tangan mengacau adunan menggunakan whisk.
3. Masukkan minyak masak. Kacau lagi.
4. Masukkan pewarna kuning secukupnya. Kacau lagi.
5. Blend semua bahan atau boleh juga ditapis.
Nota :
1. Sekiranya tidak mahu menggunakan susu tepung, anda boleh gantikan dengan telur dan santan . Kalau guna susu tepung, roti jala tahan lebih lama.
2. Kalau guna kuali non stick tak perlu sapu minyak pada kuali sebelum nak menjala.. dalam adunan dah ada minyak masak... inshaaAllah tak melekat 
3. Kalau adunan tu pekat, masukkan air sedikit sedikit. Kalau adunan tu tercair, ambik sedikit adunan masuk dalam bekas lain, masukkan sedikit tepung, kacau dengan whisk, blend adunan dan campurkan dengan adunan yang banyak tadi okey.

Selamat mencuba... boleh praktis buat roti jala ni dari sekarang.. kot la bulan puasa ni nak buat jual Roti Jala ke kannnn 😁😁😁


Wassalam 








Viewing all articles
Browse latest Browse all 208


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>