Assalamualaikum
Ahaiiii...boleh pulak lupa nak update Kelas Roti Personal hari Khamis lepas... Kelas Roti Personal untuk Shuhada dari Shah Alam dan Faiza dari Klang... tapi dalam ni hanya gambar Shuhada seorang sebabnya Faiza malu nak bergambar... saya memang hormat pendirian student kalau tak nak bergambar sebab saya sendiri pun kalau pergi kelas, malas betul nak bergambar dalam kelas.. ikut mood gituuuu...
Yang ni bahagian Shuhada untuk bawak balik... cikgu ni kaya kotak...hikhik.. selagi boleh saya memang tak suka kalau roti susun bertindih... selagi ada kotak, haaaa sila ambik... jangan malu-malu yekkkk..
Macam biasa mula-mula buat pizza... bawak balik 1 biji sorang... yang satu lagi tu untuk anak cikgu yang terlur kalau time ada kelas... kalau buatkan saja-saja untuk diorang, memang kadang tu diorang tak pandang pun... sabor je la kan kakak dan dikya ni..
Dah siap bakar pizza...sebelum masuk kotak, kita posing duluuuuu...
Roti Loaf... kalau ikut cara saya simple aje... simple sempoi roti loaf ni ada jugak student saya yang buat jual... laku la pulok gamaknya...
Roti Arab ni pun sama... ada sorang student saya yang buat jual roti arab secara besar-besaran... kalau buat besar-besaran sebaiknya uli mixer heavy duty la kan... kalau buat makan sendiri, ye uli tangan aje dongggg...
Yang bawah ni semua doh sweet bun...
Roti Mini Pizza dan Roti Sosej Petak
Roti Sosej Panjang dan Roti Sosej Pintal
Lulus cemerlang Shuhada dan Faiza pintal roti sosej ni...
Roti Sosej Roll dan Roti Sosej Gulung
Roti Sosej Hotdog
Roti Jem Doorgift dan Roti Blueberry Custard
Oh sedap sangat makan ROti Blueberry Custard ni..ala-ala makan donat tapi yang dibakar..
Donat Jem
Roti Butter Garlic dan Roti Kacang Merah Pintal
Roti Kacang Merah bentuk Gonggok dan Bunga
Roti Coklat inti Coklat
Roti Pandan Kaya
Roti Cinnamon Roll
Roti Buttercream
Roti Creamhorn
Roti Mexican Bun
Roti Tuna dan Roti Chicken Floss
Roti Sarang Lebah dan Roti Cheese Gula
Roti Cheese Gula dan Roti Sarang Lebah Pek Mini..
OK siap semua.. semua sekali ada 26 jenis termasuk pattern roti... balik komfom pengsan tapi seronok la kan dapat belajar banyak buat roti macam-macam...
Kalau ada yang berminat untuk Kelas Roti Personal boleh whatsapp saya 0193867360 okey :)
Ceria Selalu :)
Wassalam