Assalamualaikum
Harini baru berkesempatan nak update kelas-kelas roti yang lepas..sebelum saya bercuti hari rabu lepas, memang saya agak sibuk... dah lepas cuti sibuk siapkan tempahan pulak... ni pun kejap lagi nak siapkan tempahan roti sosej... harini tak banyak sangat...jadinya lepas siap roti sosej tu nanti boleh la saya dan Muni berehat...phewwwww...
Mula-mula nak tayang Pizza Dijamin Lembut Sampai Esok..kononnya aje la kan...heheh... nak tahan lembut sampai esok pizza ni ada syaratnya...
Kelas ROti Personal tarikh 5/11 yang lepas... untuk kak Faridah dan Rahudah dari Shah Alam... Uda ni sebaya saya tapi orangnya memang awet muda... macam budak baru lepas sekolah aje gamaknya... kalau la saya camtu, bestnyeeeeee..hikhik..
Seronok tau bila dah pandai buat Pizza sendiri... kalau ikut cara saya mudah aje buat pizza ni... senang cerita lagi senang dari masak lauk..he he..
Uda datang belajar Kelas Roti ni sebab anak-anaknya suka makan Pizza.. termasuk la anaknya yang bongsu ni... baik sangat budak ni...dok diam aje dari pagi sampai petang...
Roti Arab dan Roti Loaf
Roti Loaf simple dan cepat siap..
Roti Kacang Merah bentuk bunga dan gonggok
Roti Sosej Hotdog
Roti Chicken Floss dan Roti Garlic Butter
Roti Sosej Roll dan Sosekj Gulung
Roti Buttercream
Roti COklat dan Roti Jem
Seghonok masa tarik kepingan pizza ni kannn...mewah cheese gituuu...bergetahhhh..heheh..
Roti Pandan Kaya
Roti Cinnamon Roll
Roti Sosej Panjang dan ROti Mini Pizza
Roti Mexican Bun
Roti Sarang Lebah dan ROti Cheese Gula..
Roti Sosej Pintal dan Sosej Petak
ROti Tuna Segitiga dan Bulat
TQ ye kak Faridah dan Uda sudi datang belajar kat rumah saya... setakat ni alhamdulillah dua-dua dah berjaya buat roti uli tangan dan dah tunjuk hasil... legaaaa cikgu tauuu..he he..
Jumpa lagi, inshaaAllah :)
Wassalam